Tak Ku sedari
menjelang kini hari raya yang dinanti
bergema takbir di pagi hari
di subuh sunyi
Di pagi raya aku terkenangkan
ibuku yang lama pergi
bersemadi ibuku yang ku kasih
Selamat hari raya....bonda
ampunkanlah segala dosa
AlFatihah ku hadiahkan untukmu
cucuri rahmat insan yang ku sayang
Selamat hari raya......bonda
ampunkanlah segala dosa
Mawar putih ku tabur
gema takbir Allahuakbar
Ya Muslimin Ya Muslimat......
........selamat hari raya buat bondaku Allahyarhamah Che Zaharah Binti Abdullah...moga rahmat Allah sentiasa bersamamu duhai ibuku........amin
lagu oleh artis Natasya.......Selamat Hari Raya Bonda....
Saturday, November 5, 2011
Wednesday, October 19, 2011
Sinar di Hati Daddy
Oh anakku..
Semarak cinta antara mama dan daddy mu membenihkan satu ciptaan Agung Tuhan Qudus di rahim mamamu.
Engkaulah bakal penambah seri di dalam hidup kami
Berita gembira terbentuknya segumpal darah yang kini membesar tujuh purnama dalam rahim mamamu disambut penuh syukur oleh seluruh sanak dan saudaramu.
Oh anakku..
muga hadirmu di atas sunnatullah untuk menjadi khalifah di bumi yang fana ini
Dengan izin Allah ku doakan engkau diberikan kesempurnaan dan kesihatan diri
Biar cinta pada illahi dan Nabi menjalar di setiap sendi dan urat nadimu.
Kami menantikan kelahiran dikau dengan penuh harapan duhai anakku.
Friday, September 16, 2011
Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan yang Pertama

Duhai Isteriku,
Genap sudah 12 purnama usia perkahwinan kita pada tanggal 16.9 ini
Setahun jualah kita melayari bahtera di lautan kasih dan sayang sebagai suami dan isteri walaupun kekadang mendung hitam berarak melitupi awan cerah dan kilat berdentum menyambar lagi mengegarkan hubungan kedua kita
namun sikap berlembut dan tolak ansur antara kita mampu menongkat kembali goyah yang membadai lalu
Isteriku.....
ku tahu mungkin kekadang teracau santunmu dengan sikap amarahku
mungkin kekadang jemu dan bosan bertamu di benak dan mindamu
namun percayalah...
itu hanyalah mainan nafsu mazmumah menguji cinta antara kita
Duhai isteriku..
mungkin jua kau rasakan kini betapa seakan telah hilang segala
romantis dan cumbu cintaku terhadapmu
dek kesibukanku dalam mengatur waktu
namun......percayalah sayang...
jauh di dasar hatiku.. kau amat ku sayangi dan cintai..
semoga cinta kita berdua sentiasa kekal mewangi
hingga ke syurga firdausi

Thursday, February 10, 2011
Majlis Kenduri Kesyukuran 24.12.2010

Syukur ke hadrat illahi kerna pada tanggal 24/12/2010 telah sempurnanya majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan saya walaupun majlis akad nikah telah dilangsungkan pada 16.09.2010.......kelewatan majlis kenduri kesyukuran ini terjadi berikutan isteri saya yang juga seorang Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara Shah Alam terlalu sibuk dengan peperiksaan akhir semester dan juga Istiadat Konvokesyen bagi program Ijazah pertama beliau.
Manakala majlis sambutan ( yang lebih dikenali sebagai Majlis menyambut menantu bagi rakyat kelantan) telah diadakan keesokan harinya yang juga jatuh pada cuti umum sempena perayaan Krismas iaitu 25/12/2010.
Segala syukur dan tahmid ke hadrat Illahi atas segala rahmat dan inayahnya........muga jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat......amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)