Wednesday, December 18, 2013

KITA MAHU ITU DAN INI



Kita Mahu Itu dan Ini


Kita mahu Wang berjuta
Tapi ada yang Allah  berikan  sekadar hidup dengan meminta-minta

Kita mahu miliki kereta mewah yang dipandu oleh  pemandu peribadi
Tapi ada yang Allah hanya  takdirkannya sekadar berjalan kaki

Kita mahu seorang isteri persis bidadari kayangan
Tapi  ada yang Allah berikan hanya seorang isteri kurang siuman

Kita mahu seorang pasangan  yang soleh atau solehah
Tapi ada yang Allah berikannya  pasangan yang nusyuz atau penuh tipu helah

Kita mahu anak-anak yang pintar dan bergelar graduan
Tapi ada yang Allah hanya berikan anak-anak yang akalnya kerencatan

Kita mahu terkenal dan disanjungi
Tapi ada yang seluruh hidupnya  hanya menjadi mangsa keji dan caci

Kita mahu segala-galanya bahagia dan indah
Tapi ada yang berterusan hidupnya dalam resah dan gundah

Kenapa perlu bertanya pada Allah apa yang kita mahu
Kerna Sesungguhnya Allah terlebih mengetahui apa yang kita perlu

Lantas, Adakah perlu marah seandainya DIA tidak memakbulkan apa yang kita hajati
Atau merajuk padaNYA lalu membunuh diri atau memurtadkan diri
Bukan!bukan!, bukan itu penyelesaian yang hakiki
Kerna di sebalik yang berlaku pasti ada Hikmah tersendiri

Bersyukurlah pada Allah dengan apa yang kita telah dan sedang miliki
Redhalah pada Allah pada apa yang kita tak bisa memiliki
Berqonaahlah pada Allah pada apa yang telah diberi
Doalah dan Roja’ lah padaNYA akan nikmat dan  kebaikan yang akan dimiliki
Kerana di situlah letaknya nilai iman seagung-agungnya dan terlalu suci

Justeru yakin dan percayalah andai disisiNya martabat kita mulia dan tinggi
Nescaya Jannatul Firdausi sedia menanti
Pegang erat pada JanjiNYA , damai dan berbahagialah kita di sana
Untuk kehidupan yang benar-benar pasti dan Abadi

Nukilan oleh Seruling Sepi / 18/12/2013