Saturday, November 26, 2016

Long Call 24.11.2016






Salam Semua........sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog ini, sudah tentunya seribu alasan merupakan penyebabnya...diam tak diam, kita kini menghmapiri penghujung tahun 2016 dah..lebih kurang sebulan saja lagi kita semua akan memasukki tahun baru 2017.

Tahun 2017, dikatakan tahun yang sangat mencabar di mana keaadaan ekonomi Malaysia khususnya dikatakan akan mengalami kegawatan teruk.

Walau apa saja yang akan berlaku, kita semua seharusnya mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi tersebut dengan segala persiapan yang terbaik.

bagi SS, tahun 2017 ini memberikan harapan baru dan seribu kelegaan kepada SS, manakan tidak isteri tercinta telah pada 24.11.2016 telah diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya..Alhamdulillah, SS panjatkan jutaan kesyukuran ke Hadrat illahi atas keizinannya ini.

Bagi SS, tahun 2017, merupakan tahun yang sangat sibuk dengan pelbagai rutin, dari segi pekembangan perniagaan pula, firma guaman AA& Associates milik SS kini mempunyai tiga orang rakan kongsi dan sekarang ini kami sedang dalam proses penubuhan sebuah firma cawangan juga di Bandar Kota Bharu,Kelantan.

Alhamdullilah SS ucapkan atas segala nikmat dan rahmat yang Allah Taala berikan kepada SS...Alhamdulillah..

Sunday, February 7, 2016

waktu sangat pantas berlalu

                                                              Putra Adam Haiqal
                                                                Putra Amysar Rayyan


Alhamdulillah..............masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk menghirup udaranya di bumi.....sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas.........kedua -dua Putera saya juga kini semakin membesar............Putra Adam Haiqal kini telah berusia 4 tahun dan Puta Amsyar Rayyan pula kini berusia 2 tahun............syukur..syukur dan syukur padaMu Ya Allah atas nikmat dan rahmat ini.............Alhamdulillah.....

2015.............saya semakin sibuk membesarkan operasi firma guaman saya yang kini telah berpindah operasi ke tempat baru dengan penambahan satu Departmen iaitu Department Conveyancing...........Insya Allah jika diberi kewangan yang mencukupi, tahun ini juga Firma akan menambah satu lagi jabatan iaitu Jabatan Tuntutan Insurans Kemalangan............In Sya Allah Taala...moga dipermudahkan segala urusan....

2016.....menambah urusan perniagaan baru dengan berjinak-jinak melakukkan kerja-kerja construction....projek JV bersama abang yang sudah mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai kontraktor perumahan.......insya Allah.......projek Pertama kini di dalam Fasa menambun tanah..........pelan bangunan Satu Unit Banglo juga sudah selesai......dibuka untuk jualan pada harga sebanyak RM 590,000.00....in sya Allah.banglo berkonsep moden..lokasi stategik di belakang JPS Telok Panji, Kota Bharu, Kelantan....

projek seterusnya adalah projek perniagaan online bersama isteri tercinta.......membeli dan menjual tudung secara online.....serta beberapa produk kosmetik.......syukur Alhamdulillah..........