Saturday, November 26, 2016

Long Call 24.11.2016






Salam Semua........sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog ini, sudah tentunya seribu alasan merupakan penyebabnya...diam tak diam, kita kini menghmapiri penghujung tahun 2016 dah..lebih kurang sebulan saja lagi kita semua akan memasukki tahun baru 2017.

Tahun 2017, dikatakan tahun yang sangat mencabar di mana keaadaan ekonomi Malaysia khususnya dikatakan akan mengalami kegawatan teruk.

Walau apa saja yang akan berlaku, kita semua seharusnya mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi tersebut dengan segala persiapan yang terbaik.

bagi SS, tahun 2017 ini memberikan harapan baru dan seribu kelegaan kepada SS, manakan tidak isteri tercinta telah pada 24.11.2016 telah diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya..Alhamdulillah, SS panjatkan jutaan kesyukuran ke Hadrat illahi atas keizinannya ini.

Bagi SS, tahun 2017, merupakan tahun yang sangat sibuk dengan pelbagai rutin, dari segi pekembangan perniagaan pula, firma guaman AA& Associates milik SS kini mempunyai tiga orang rakan kongsi dan sekarang ini kami sedang dalam proses penubuhan sebuah firma cawangan juga di Bandar Kota Bharu,Kelantan.

Alhamdullilah SS ucapkan atas segala nikmat dan rahmat yang Allah Taala berikan kepada SS...Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment