Wednesday, December 18, 2013

KITA MAHU ITU DAN INI



Kita Mahu Itu dan Ini


Kita mahu Wang berjuta
Tapi ada yang Allah  berikan  sekadar hidup dengan meminta-minta

Kita mahu miliki kereta mewah yang dipandu oleh  pemandu peribadi
Tapi ada yang Allah hanya  takdirkannya sekadar berjalan kaki

Kita mahu seorang isteri persis bidadari kayangan
Tapi  ada yang Allah berikan hanya seorang isteri kurang siuman

Kita mahu seorang pasangan  yang soleh atau solehah
Tapi ada yang Allah berikannya  pasangan yang nusyuz atau penuh tipu helah

Kita mahu anak-anak yang pintar dan bergelar graduan
Tapi ada yang Allah hanya berikan anak-anak yang akalnya kerencatan

Kita mahu terkenal dan disanjungi
Tapi ada yang seluruh hidupnya  hanya menjadi mangsa keji dan caci

Kita mahu segala-galanya bahagia dan indah
Tapi ada yang berterusan hidupnya dalam resah dan gundah

Kenapa perlu bertanya pada Allah apa yang kita mahu
Kerna Sesungguhnya Allah terlebih mengetahui apa yang kita perlu

Lantas, Adakah perlu marah seandainya DIA tidak memakbulkan apa yang kita hajati
Atau merajuk padaNYA lalu membunuh diri atau memurtadkan diri
Bukan!bukan!, bukan itu penyelesaian yang hakiki
Kerna di sebalik yang berlaku pasti ada Hikmah tersendiri

Bersyukurlah pada Allah dengan apa yang kita telah dan sedang miliki
Redhalah pada Allah pada apa yang kita tak bisa memiliki
Berqonaahlah pada Allah pada apa yang telah diberi
Doalah dan Roja’ lah padaNYA akan nikmat dan  kebaikan yang akan dimiliki
Kerana di situlah letaknya nilai iman seagung-agungnya dan terlalu suci

Justeru yakin dan percayalah andai disisiNya martabat kita mulia dan tinggi
Nescaya Jannatul Firdausi sedia menanti
Pegang erat pada JanjiNYA , damai dan berbahagialah kita di sana
Untuk kehidupan yang benar-benar pasti dan Abadi

Nukilan oleh Seruling Sepi / 18/12/2013


Monday, November 4, 2013

Cameron Highland Part II














Jalan2 Cameron Highland Part ii 25-26 Oktober 2013...........

Jalan-Jalan Cameron Highland 3rd Aniversary








Salam Maal Hijrah 1435 semua........pada 25& 26 Oktober 2013 lalu SS dan keluarga berkesempatan untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ketiga kami di Cameron Highland.....Suasana  dan cuaca di malam hari masih sejuk namun cuaca di siang hari agak panas.

Monday, August 5, 2013

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
~Usman Awang


...........................................

Salam semua....Ramadan ini genap tiga tahun pemergian arwah Bondaku yang tercinta......namun segala kenangan bersamamu takan pernah luput dari ingatanmu...........duhai Bonda damailah dikau di sana......ku iringi doa dan Al fatihah senantiasa untukmu.........Allohamgfirlaha warhamha waafiha wa' fu anha.........

Saturday, July 13, 2013

Sweet Memories for 2nd Anniversary........
















Salam Ramadan semua...........untuk entry kali ini..........SS ingin berceloteh tentang sambutan hari ulangtahun perkahwinan SS dan isteri tercinta Puan Noor Najmi Syukriah yang memasuki tahun kedua.............alhamdulilah kehidupan kami diserikan lagi dengan kehadiran putera hati pertama iaitu Putra Adam Haiqal.....bercakap mengenai sambutan hari anniversary tersebut,ianya hanya serba ringkas............dek kenkangan kerja, SS tidak dapat membuat sambutan secara sempurna, semuanya terjadi secara bidang terjun dan tidak dirancang sepenuhnya..........apa2pun Syukur ke Hadrat Illahi kerana masih memberi ruang bagi kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang hanya disambut di negeri jiran sahaja.......Teganung Kiter...........cuti-cuti Malaysia la katakan..............

Ramadan Yang Mulia Tiba Lagi

Salam semua............sudah berbuan lamanya SS tidak mengemaskinikan blog ini..........sedar tak sedar kini sudah bulan Julai dan kita juga sedang berada di bulan yang Mulia iaitu Bulan Ramadan....pada 1 Ramadan yang lalu maka genaplah 3 tahun Hijri pemergian arwah bonda tercinta Che Zaharah Binti Abdullah...........moga Allah merahmati dan mencucuri limpah kurnia  ke atas Roh Almarhumah...........In Sha Alllah.........bercakap pula sekitar kehidupan SS......tidak banyak yang berubah cuma hidup kini diserikan dengan kehadiran Putra Adam Haiqal yang kini berusia setahun 6 bulan..........hari lahir Putra Adam Haiqal jatuh pada tanggal 21 Januari setiap tahun............saban hari makin nakal karenah anakanda tercinta ini.........









Friday, March 22, 2013

Puisi 2013



YA ALLAH YA RABBI


Ya Allah,Ya Rabbi,
Betapa jauhnya langkahku dalam maksiat padaMu
Begitu jua jauhnya hatiku akan Iman kepadaMu

Ya Allah, Ya Rabbi,
Betapa menggunungnya dosaku
Setinggi gunung-gunung di pelusuk bumiMu

Ya Allah, Ya Rabbi,
Betapa kerasnya hatiku dari jazbah zikir padaMu
Sekeras berlian yang jauh tertanam di dasar tanah gersangMu

Ya Allah, Ya Rabbi,
Betapa hitamnya sejarah hidupku
Bagaikan hitam dan kelamnya  dasar lautanMu

Ya Allah, Ya Rabbi,
Betapa kosongnya jiwaku
Bagaikan kosongnya hidayahMu dari kuffarMu

Ya Allah, Ya Rabbi,
Andai bisa ku ulangi
Semua waktu dan kudrat yang kau berikan dulu
Nescaya ku abdikan sepenuh diriku dalam sujud  dan ratibku padaMu

Ya Allah, Ya Rabbi,
Andai bisa ku ulangi
Sisa-sisa imanku padaMu nan lalu
Nescaya tidak ku biarkan walau seinci langkahku dalam Maksiat padaMu

Ya Allah Ya Rabbi,
Berilah  dan kekalkanlah cahaya hidayahMu padaku
Agar tiada lagi sesat dalam musafir hidupku

Ya Allah Ya Rabbi,
Limpahilah rahmat dan maghfirahMu
Agar tiada lagi berbaki segala dosa-dosaku.

Ya Allah, Ya Rabbi,
Teguhkan Iman dan Islamku
Agar senantiasa basah bibirku dalam zikirku padaMu

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Engkaulah Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan
Tiada satu yang terjadi di bumi mahupun di langit yang luput dari pandangan dan pengetahuanMu

Ya Aziz Ya Jaabar Ya Mutakabbir,
dengan kemuliaan syafaat dan Nur MuhamadMu
Dan demi duniaku dan akhiratku wahai RasullAllah, pimpinlah tanganku

Nukilan oleh Seruling Sepi : March 2013.

Wednesday, February 13, 2013

Putra Adam Haiqal kini berusia setahun.......




Salam semua.........lama juga saya tidak mengemaskini blog ini,maklumla bebanan kerja yang semakin bertambah manakala peruntukan masa yang semakin berkurangan menyebabkan saya kian sukar untuk aktif berkarya...mmmmmmmmm diam tak diam rupanya anakanda saya iaitu Putra Adam Haiqal kini juga telahpun berusia setahun lebih......untuk entry kali ini dilampirkan beberapa gambar Putra Adam Haiqal untuk tatapan semua........sekian terima kasih.......