Thursday, February 10, 2011

Majlis Kenduri Kesyukuran 24.12.2010


Syukur ke hadrat illahi kerna pada tanggal 24/12/2010 telah sempurnanya majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan saya walaupun majlis akad nikah telah dilangsungkan pada 16.09.2010.......kelewatan majlis kenduri kesyukuran ini terjadi berikutan isteri saya yang juga seorang Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara Shah Alam terlalu sibuk dengan peperiksaan akhir semester dan juga Istiadat Konvokesyen bagi program Ijazah pertama beliau.

Manakala majlis sambutan ( yang lebih dikenali sebagai Majlis menyambut menantu bagi rakyat kelantan) telah diadakan keesokan harinya yang juga jatuh pada cuti umum sempena perayaan Krismas iaitu 25/12/2010.

Segala syukur dan tahmid ke hadrat Illahi atas segala rahmat dan inayahnya........muga jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat......amin...