Saturday, November 26, 2016

Long Call 24.11.2016






Salam Semua........sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog ini, sudah tentunya seribu alasan merupakan penyebabnya...diam tak diam, kita kini menghmapiri penghujung tahun 2016 dah..lebih kurang sebulan saja lagi kita semua akan memasukki tahun baru 2017.

Tahun 2017, dikatakan tahun yang sangat mencabar di mana keaadaan ekonomi Malaysia khususnya dikatakan akan mengalami kegawatan teruk.

Walau apa saja yang akan berlaku, kita semua seharusnya mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi tersebut dengan segala persiapan yang terbaik.

bagi SS, tahun 2017 ini memberikan harapan baru dan seribu kelegaan kepada SS, manakan tidak isteri tercinta telah pada 24.11.2016 telah diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya..Alhamdulillah, SS panjatkan jutaan kesyukuran ke Hadrat illahi atas keizinannya ini.

Bagi SS, tahun 2017, merupakan tahun yang sangat sibuk dengan pelbagai rutin, dari segi pekembangan perniagaan pula, firma guaman AA& Associates milik SS kini mempunyai tiga orang rakan kongsi dan sekarang ini kami sedang dalam proses penubuhan sebuah firma cawangan juga di Bandar Kota Bharu,Kelantan.

Alhamdullilah SS ucapkan atas segala nikmat dan rahmat yang Allah Taala berikan kepada SS...Alhamdulillah..

Sunday, February 7, 2016

waktu sangat pantas berlalu

                                                              Putra Adam Haiqal
                                                                Putra Amysar Rayyan


Alhamdulillah..............masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk menghirup udaranya di bumi.....sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas.........kedua -dua Putera saya juga kini semakin membesar............Putra Adam Haiqal kini telah berusia 4 tahun dan Puta Amsyar Rayyan pula kini berusia 2 tahun............syukur..syukur dan syukur padaMu Ya Allah atas nikmat dan rahmat ini.............Alhamdulillah.....

2015.............saya semakin sibuk membesarkan operasi firma guaman saya yang kini telah berpindah operasi ke tempat baru dengan penambahan satu Departmen iaitu Department Conveyancing...........Insya Allah jika diberi kewangan yang mencukupi, tahun ini juga Firma akan menambah satu lagi jabatan iaitu Jabatan Tuntutan Insurans Kemalangan............In Sya Allah Taala...moga dipermudahkan segala urusan....

2016.....menambah urusan perniagaan baru dengan berjinak-jinak melakukkan kerja-kerja construction....projek JV bersama abang yang sudah mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai kontraktor perumahan.......insya Allah.......projek Pertama kini di dalam Fasa menambun tanah..........pelan bangunan Satu Unit Banglo juga sudah selesai......dibuka untuk jualan pada harga sebanyak RM 590,000.00....in sya Allah.banglo berkonsep moden..lokasi stategik di belakang JPS Telok Panji, Kota Bharu, Kelantan....

projek seterusnya adalah projek perniagaan online bersama isteri tercinta.......membeli dan menjual tudung secara online.....serta beberapa produk kosmetik.......syukur Alhamdulillah..........

Saturday, October 4, 2014

Salam Aidil adha

Allahuakbar Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar
La Ila Haillallahuwallahuakbar
Allahuakbar walillahilhamd..


sekarang jam menunjukkan pukul 10.55 malam..............malam ini adalah malam Hari Raya Haji......
besok pagi umat Islam akan menunaikan solat sunat AidilAdha dan seterusnya melakukan Ibadah Korban
bagi saya pula, besok juga saya turut melakukan ibadah koban..........korban kali ini bersempena Aqiqah Putera kedua saya iaitu Putra Amsyar Rayyan.............yang kini memasukki 8 bulan...

selepas selesai kerja-kerja melapah daging........In sya Allah saya akan meluangkan masa untuk menziarahi pusara arwah bonda dan adinda tercinta
..........makin berusia kita makin banyak pula kubur-kubur yang perlu kita ziarahi
.........Selamat Hari Raya Bonda dan Adinda...............
........Allohommaghfirlahum warhamhum.....wa afihim wa a fuanhum........

kepada semua umat Islam.............saya ucapkan Salam AidilAdha
Maaf Zahir Dan Batin.....

Monday, September 29, 2014

ke Makam Bonda dan Adinda

Salam.............

sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog ini........banyak sangat faktor,rintangan dan ALASAN menyebabkan saya tidak berbuat demikian........

cuma ini sekadar coretan biasa..

coretan kehidupan.......
sudah resmi kehidupan........bagi setiap yang bernyawa itu.........pasti akan menemui mati......
Tahun 2010...........saya telah kehilangan Bonda tercinta......Allahyarhamah Che Zaharah Binti Abdullah........menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu........pada tanggal 1 Ramadhan

........dan tahun ini.........tahun 2014.......13hb September ..........adik lelaki saya telah menerima jemputan Illahi.........juga di Hospital Raja Perempuan Zainab....

..............begitulah lumrah alam...........kiri dan kanan kita pastinya ada kematian.........dan sesudah sampai waktunya kelak.......giliran KITA sendiri...........adakah kita sudah BERSEDIA???????????.....
.........ramai orang yang mengetahui tarikh lahirnya...............namun tidak sesiapa yang mengetahui tarikh ajalnya.......

...............Al-Fatihah........... Allohommaghfirlahuma....Warhamhuma.....Waadkhilhuma FilJannah...
.....................................AMIN.........................................................

hidup kan terus berjalan.............meskipun dengan tangisan..............

Wednesday, December 18, 2013

KITA MAHU ITU DAN INI



Kita Mahu Itu dan Ini


Kita mahu Wang berjuta
Tapi ada yang Allah  berikan  sekadar hidup dengan meminta-minta

Kita mahu miliki kereta mewah yang dipandu oleh  pemandu peribadi
Tapi ada yang Allah hanya  takdirkannya sekadar berjalan kaki

Kita mahu seorang isteri persis bidadari kayangan
Tapi  ada yang Allah berikan hanya seorang isteri kurang siuman

Kita mahu seorang pasangan  yang soleh atau solehah
Tapi ada yang Allah berikannya  pasangan yang nusyuz atau penuh tipu helah

Kita mahu anak-anak yang pintar dan bergelar graduan
Tapi ada yang Allah hanya berikan anak-anak yang akalnya kerencatan

Kita mahu terkenal dan disanjungi
Tapi ada yang seluruh hidupnya  hanya menjadi mangsa keji dan caci

Kita mahu segala-galanya bahagia dan indah
Tapi ada yang berterusan hidupnya dalam resah dan gundah

Kenapa perlu bertanya pada Allah apa yang kita mahu
Kerna Sesungguhnya Allah terlebih mengetahui apa yang kita perlu

Lantas, Adakah perlu marah seandainya DIA tidak memakbulkan apa yang kita hajati
Atau merajuk padaNYA lalu membunuh diri atau memurtadkan diri
Bukan!bukan!, bukan itu penyelesaian yang hakiki
Kerna di sebalik yang berlaku pasti ada Hikmah tersendiri

Bersyukurlah pada Allah dengan apa yang kita telah dan sedang miliki
Redhalah pada Allah pada apa yang kita tak bisa memiliki
Berqonaahlah pada Allah pada apa yang telah diberi
Doalah dan Roja’ lah padaNYA akan nikmat dan  kebaikan yang akan dimiliki
Kerana di situlah letaknya nilai iman seagung-agungnya dan terlalu suci

Justeru yakin dan percayalah andai disisiNya martabat kita mulia dan tinggi
Nescaya Jannatul Firdausi sedia menanti
Pegang erat pada JanjiNYA , damai dan berbahagialah kita di sana
Untuk kehidupan yang benar-benar pasti dan Abadi

Nukilan oleh Seruling Sepi / 18/12/2013


Monday, November 4, 2013

Cameron Highland Part II














Jalan2 Cameron Highland Part ii 25-26 Oktober 2013...........

Jalan-Jalan Cameron Highland 3rd Aniversary








Salam Maal Hijrah 1435 semua........pada 25& 26 Oktober 2013 lalu SS dan keluarga berkesempatan untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ketiga kami di Cameron Highland.....Suasana  dan cuaca di malam hari masih sejuk namun cuaca di siang hari agak panas.