Thursday, November 12, 2009

JUJUR

Tika ini ku nantikan sebuah kejujuran
kejujuran dalam perhubungan
ketelusan dalam percintaan
pegangan pada perkataan

walau perit pedih jawapan
aku tetap menerima dengan hati lapang
tiada langsung kesumat mahupun dendam
kerna aku juga insan kerdil hamba tuhan

bukannya perkasawan yang takbur dan berjiwakan syaitan
atau seorang maharaja yang kejam
yang mendabik dada konon dialah tuhan alam
dan menyeru segala makhluk agar padanya diberikan kepatuhan

tidak..aku bukanlah begitu wahai teman
yang ku mahukan masih sebuah kejujuran
jika kasihmu padaku..katakan
dan jika pilihanmu bukan padaku juga..lafazkan

kerna aku masih bisa bernafas kencang
kerna aku telah lama memahamkan
bahawa hakikat pada sebuah kebenaran
walaupun pahit haruslah tetap ditelan

No comments:

Post a Comment