Friday, October 30, 2009

Bumi Palestin Menangis Lagi

Palestin..
Kau hamparkan untukku kisah sejuta kepiluan
Kau bisikkan untukku rasa marah dan dendam
Celakalah Israel dan sekutunya yang meratahmu sakan.
Tiada mengenal lagi pejuang atau orang kebanyakkan.


Palestin..
Kini kau menangis lagi..
Tangisan air mata darah dan rintihan
Siksanya hati ibu-ibu yang kehilangan anak kecil yang masih belum mengerti apa itu peperangan.

Palestin..
Ratiblah dikau pada zat Rabul Alam.
Moga disana nanti pada munajatmu Tuhan kabulkan
Agar dikurniakan tentera suci dari roh jagaan tuhan
Memberikanmu satu kemenangan
Biar si laknat Israel mengerti bahawa bumi Palestin adalah bumi suci bertuan

Palestin..
Majulah dikau.
Memacu kuda-kuda besi dan kibarkan panji-panji Islam
Belalah nasibmu, usah dipedulikan kata orang
Biar darahmu mengalir,biar jasadmu dihentam
Doaku agar roh jihad syuhadakmu bahagia dan tenang tika kembali ke sisi tuhan


Nukilan asmadi ashari@ seruling sepi..
26/01/2009

No comments:

Post a Comment